Friday, November 20, 2015

SHAWL EMMA MAEMBONG

Assalamualaikum.

Baru-baru ni ada tengok rancangan The House pasal family Maembong ni. Dalam dok tengok tu suka pulak tengok shawl yang Emma pakai. Simple dan tengok material pun macam menarik.

Bila dok survey baru tau Emma ada jual shawl. Apa lagi, laju laju la stalk mana mana instagram yang related. Bila dah deal suma suma tu terus beli. Memang syok weehh!

Ada material crepe, cotton, satin dan lace. Memang selesa kalau pakai sepanjang hari. Sesuai la dengan gaya muslimah masa kini. Kalau korang jenis kaki hiking bole try cotton. Kalau nak feminin sikit bole guna satin or lace. Memang best la. Tudung dia pun labuh tau. Jenis 2 muka tu. Instant shawl.

Kalau korang nak tudung cenggini bole whatsapp kat no 012 4671548. Nanti bole sembang panjang dalam whatsapp dengan bagi gamba sekali.

Wednesday, September 2, 2015

NORMAL / AUTISTIK

Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik sudah setahun Cik Anis berkhidmat dalam bidang kerjaya pendidikan awal kanak-kanak ni. Walau dulu di universiti belajar lain, namun Cik Anis tetap sahut cabaran dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak.

Banyak juga ilmu yang digali sepanjang setahun ni. Namun masih banyak yang Cik Anis nak belajar sebab Cik Anis tahu masih banyak lagi ilmu mengenai pendidikan awal kanak-kanak ni. Mungkin boleh diaplikasikan untuk anak sendiri nanti. Insyaallah.

Sepanjang tempoh perkhidmatan ni, ada pelbagai jenis ragam kanak-kanak. Ada juga kanak-kanak autistik. Ini sedikit kisah dan pandangan saya sepanjang 'berkenalan' dengan kanak-kanak autistik ni.

Nama Pelajar, Siti (bukan nama sebenar). Pelajar autistik. Cik Anis tak pasti pulak jenis pecahan autistik dia. Cuma masa registration parents dia cakap Siti ni autistik. Pihak tadika terima Siti sebab tengok dia bukanlah seperti kanak-kanak OKU lain.

Siti ni dia suka buat hal sendiri. Main sendiri-sendiri. Gelak sorang-sorang. Cakap sorang-sorang. Kadang-kadang menangis tiba-tiba kemudian ketawa tiba-tiba. Kadang-kadang suka berlari-lari sambil langgar dinding. Budaknya aktif juga sebab suka bergerak (berlari, main toys). Dia juga faham dan boleh respond apa yang kita cakap. Cuma eye contact je tak ada.

Parents dia explain juga yang Siti ada ikut beberapa terapi. Jadi parents dia tak expect apa-apa pun cuma nak Siti bersosial je dengan masyarakat.

Sepanjang sesi pembelajaran Siti dengan cikgunya, banyak rupanya vocabulary yang Siti tahu berbanding pelajar normal lain. Jika disuruh counting 1-20 pun Siti boleh kira sambil melompat-lompat. Kalau colouring,kadang-kadang satu warna je dia suka, contohnya kalau masa tu mood dia suka warna hijau, kebanyakkan benda dia akan warna hijau. Kebanyakkan benda dia akan pilih warna hijau. Sekarang dia nampaknya suka kuning, sebab request nak makan dalam pinggan yellow!

kebanyakkan conversation dia akan gunakan bahasa inggeris. Bila discuss dengan parents, memang diaorang gunakan baha perantara, bahasa inggeris. Banyak benda yang parents dia belajar dalam sesi terapi, parents dia ajar Siti dirumah. Macam berkebun, ajar sambil main. Rumah dia pun lapang macam kindergarten. No sofa, no carpet. Only mat and posters on wall! Memang ayah dia selalu ajar dia macam-macam.

Kalau tengok tv pun rancangan yang tertentu je, contohnya macam channel Zoo Moo, TV IQ dan Baby TV. Gadget pun parents dia tak ajar. Sebab dia buat do no je kalau nampak gadget. Kalau budak autistik sorang lagi, bab-bab gadget laju aje.

Jadi, Cik Anis buat kesimpulan dari pemerhatian dalam setahun ni, budak Siti ni memang pandai.

Suatu hari dalam kelas, Siti macam biasalah, akan berlari kehulu kehilir, kadang-kadang tidur bawah meja, teacher ajar tentang buah-buahan. macam-macam jenis buah teacher ni ajar. Belum sempat teacher ni nak sebut nama buah tu, tiba-tiba Siti sambil berlari je dia boleh sebut nama buah tu dalam bahasa inggeris. Yang budak budak normal lain memang tak tahu apa nama buah yang ditunjukkan teacher tadi.

Jadi, adakah parents yang anaknya OKU akan memberi sepenuh tumpuan dari segi pembelajaran tidak formal pada anaknya? Manakala, ibubapa yang anaknya normal tidak perlu diberikan sepenuh perhatian dalam pembelajaran tidak formal? begitukah?

Pada pandangan Cik Anis, Pembelajaran tidak formal (dirumah) amat perlu untuk perkembangan otak anak-anak. Neuron bersambung..

Jadi, pada pandangan Cik Anis, setiap ibu bapa memang perlu luangkan masa dengan anak-anak dalam apa jua situasi anak itu. Jika anak kita sedang main, biarkan selagi ia tidak membahayakan. Anak-anak kita sedang belajar sesuatu melalui permainan dia. Macam dalam iklan susu dalam TV tu.

Mungkin ada yang nak share kisah korang. Boleh kita brainstorm..

Till Then
Maasalamah

Wednesday, August 19, 2015

AH! SUARA HILANG

Asslamualaikum.

Nak dijadikan cerita, Ahad lepas Cik Anis memang stress. Stress dengan keadaan sekeliling dan beberapa hal lain. Ah,sape je yang tahan stress. Sudahnya Cik Anis lepaskan dalam kereta pada hri Isnin on the way nak pergi kerja. Menjerit dalam kereta taktentu pasal. Karoke dalam kereta.Ah,lega sikit rasa.

Sebelum menjerit tu usha dulu kuantiti kenderaan datang dari arah bertentangan. Kang takpasal pasalorang tengok ape hal minah ni. hahaha...

Natijahnya, hari Selasa,suara Cik Anis serak serak basah ala ratu rock Ella. Tambah pulak dengan Mr.Kahak pekat ntah mana datangnya tak tau sampai sakit dada nak tarik nafas. Tekak pun sakit. Bengkak kot dah menjerit semalam.  Ah,sudah~~

Hari Rabu bangun tidur, suara hilang lansung. Ada anging je keluar dari mulut kalau cuba nak keluarkan suara. Allah...
Kalut google macam macam petua. Kalau tak tahan jugak, doktor la jawabnya...Adeh...

Moga dipermudahkan segala urusan..amin..

Till then
Maasalamah.
 

Template by BloggerCandy.com